Video muzik Haegyeolsa

"Resolver"

Video muzik Shinhwa untuk tiga album mereka boleh dikatakan berbeza antara satu sama lain. Dalam video muzik "Resolver" (Bahasa Korea: 해결사; Haegyeolsa), Shinhwa dilihat memakai baju seragam kuning terang, menari diatas platform yang berbuai. Jalan cerita yang ditonjolkan dalam video muzik tersebut boleh dikaitkan dengan filem Amerika, Terminator dengan bandar Seoul, Korea Selatan dimusnahkan oleh satu ledakan api yang besar. Seorang gadis berjalan bersama seorang lelaki di dalam video itu. Kemudian, lelaki tersebut menunjukkan kepada gadis itu pelbagai gambar dari kejadian holocaust hingga gambar Marilyn Monroe.

"Eusha, Eusha"

Kontra dengan single pertama mereka, lagu "Eusha! Eusha!" (Bahasa Korea: 으싸! 으싸!), yang merupakan remake lagu Manfred Mann berjudul "Doo Wa Diddy", adalah lagu yang ceria, dengan ahli berpakaian putih dan biru. Mereka juga merakam video muzik di pantai, dengan ahli berpakaian uniform pasukan bola keranjang Los Angeles Lakers, menggunakan jersi Kobe Bryant #8. Eusha! Eusha!" menjadi lagu pop bubblegum pertama buat Shinhwa dengan setiap ahli menunjukkan sisi mereka yang lain di dalam video muzik, dari melompat, berlari sehingga bermain di dalam air.

"Sharing Forever"

Dengan "Resolver" merupakan lagu yang gelap dan "Eusha! Eusha!" adalah lagu yang ceria, "Sharing Forever" (Bahasa Korea: 천일유혼; Cheon Il Yoo Hoon) pula adalah sebuah lagu sedih. Video muziknya menampilkan Eric Mun, ketua Shinhwa, sebagai jurugambar, sedang mengambil gambar di taman apabila beliau terserempak dengan seorang gadis yang buta matanya. Gadis tersebut menjadi model beliau dan jatuh cinta, hanya untuk membunuh gadis itu secara tidak sengaja di dalam satu kemalangan kereta, lalu membuatkan Eric murung. Gadis tersebut kemudian kembali sebagai hantu dan melawat Eric semasa beliau tidur. Beliau terjaga, merasai kehadiran hantu gadis itu dan akhirnya memeluk dia.